Domo-kun Cute
Cikyuyu : Kamera.Vespa.Novel
Kunfayakun
May 31, 2012 • 10:11:00 AM • 0 comments






Hati tertanya-tanya, Mulut membisu tanpa kata dan diam terus mengisi diri..
Ilham pergi..
Mulut terkunci..
Jiwa mati..
Hati hilang..
Kosong..

Dalam syahdu rahmatNYA datang,
Penuh sempurna kasihNYA menyapa..
Tika hati kosong salamNYA menyembuh..
ZikirNYA terapi hati..
SujudNYA penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya..
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman..

Walau diri sering mengabaikan kasihNYA,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu..
Dikelirukan dengan perkara lagha..
Namun, sinarNYA tetap menyembuhkan hati..
KasihNYA tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNYA tetap menyuluh jalan keimanan..
Moga hati terus bersyukur..

Ya Allah, ampuni dosaku..
Ampunkan silap dan kelalaianku..
Kurniakanlah aku maghfirahMU..
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU..
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar..
amin..

Labels: ,



PASTFUTURE
Supergirl
Cikyuyu
DEC 14 . 1988
terengganu
INSTAGRAM
TWITTER
FACEBOOK


“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”


" Andai satu hari nanti , inginku terbang ke PARIS " itu hanya MIMPI "  
Kata itu ??

Belajar menjadi ikhlas. Ikhlas itu adalah rahsia awak dan Allah sahaja. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang dapat membuktikan dengan kata-kata yang dia benar-benar ikhlas melainkan dengan hatinya yang reda. - Bern (Blues Amni)