Domo-kun Cute
Cikyuyu : Kamera.Vespa.Novel
Syukran , Kamu Ke Tanah Suci...
Jul 30, 2011 • 5:41:00 PM • 0 comments




* ramai orang cakap muka kami sama ? adik beradik *
Dia adalah sebahagia : FAMILY GILA-GILAANKU !! <3



Alhamdulillah , Syukur ke hadrat illahi . Masih lagi aku mencelik mata . masih lagi aku mengagahi tangan untuk menaip. Kalau ada jiwa mahu menaip , beginilah . Teremosi ! 


* Termenung , usah kau bergembira *

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Yes , semalam ! Aku menangis dek insan ini menyuarakan ingin ke Tanah Suci . 
SUMPAH , aku tak tahu apa cerita sebelum keberangkatannya . Tuhan menjemputnya . 
yang aku mampu berkata : Ya ALLAH , syukur ! Bila lah saat itu ??
 Aku ke sana ?


* air mata ku mengalir laju , menahan sebak *


Aku ingin jua ke sana jua , Lagi lagi aku menangis . 


* cerita kembali , 


Dan semalam ketika aku berada di pejabat                                        JPAM HULU TERENGGANU



untuk minggu terakhir latihan sebelum kedatangan puasa esok lusa . Yap !
Dek melarikan diri sejenak , aku terpandang kereta pesona merah melucur ke pejabat . Disaat itu ,
aku pangkir kan motor di depan kedai roti canai ( baru nak bekpes )
Hati memanggil untuk pusing ke pejabat kembali , STOP !
Aku ketuk pintu kereta , Wahh!!! 


IDA : " Kakyu , orang nak g Mekah !! "
AKU : " haaa , ye dop?? Biar betui... seyes?? "
IDA : " yer kak yu.... " * diam *
AKU : diam... takkala itu : hatiku sebak !!




SUMPAH !! Aku mahu ke sana jua . Ya ALLAH !! 
T__________T


si kembar aku aka NURILA YUHIDA ( ida )
Dia , kembar aku . 
ADIK kesayangan :P
Seorang anggota JPAM 
Seorang yang gila-gila ( nakal , yes )








Maafkan kakak mu ini ,
entry ini juz untuk share sahaja atas pemergianmu ke tanah suci , 
bukan menunjuk-nunjuk.




Kini , dia sudah ke sana ? bagaiman dengan aku ?
InsyaALLAH ! 

Ida , doakan kakak mu menyusur jua mengikut langkah mu ke sana .


Kami di sini sentiasa mendoakan kamu dapat menunaikan ibadah umrah 
di samping kesihatan yang baik dan dapat menjalankan 
ibadah puasa dengan sempurna
InsyaALLAH :)

Labels: , ,


Kerja Amal jadi Kegilaanku
Jul 24, 2011 • 4:24:00 PM • 0 comments







Pergh! Aku sekejap OK , sekejap tak OK !
Haaa , Puas aku menjerit . 
Aku meraung , dan ?
Puas aku meraung ?
Aku melalak dan akhirnya aku kembali STRESS .
wadessssssss . .


* sumpah aku memang stress , *


kalau kau hebat , kau diam lah . Tak payah nak tunjuk lagak sangat . Ada aku heran ke ? ada aku ambik kesah ke dengan kau > Haiiituikkkkkk . SUMPAH kau baik diam.


* terfikir sejenak , hambik kau ?? *


Lepas geram , emosi aku terganggu . Aku kalau stress memang pale hotak bengom ! Aku tak suka kalau rasa jiwa menahan gila , BODOH! 
Aku .... Aku .... Aku.....




* dah , menatam jiwa ! *





Awak sekalian alam , warga blogger yang comey/hensem :) Sila lah senyum semewek OKEH !
Semalam , aku jumpa budak comey NASUHA SUHADA aka MEKHA tuh 
kat GIANT .


 * senyum meowwww meowww*


Hari itu wak gedik kat wall dak tuh , baru je ngada cakap nak jumpa . TAPI ??
semalam , janji tak janji . Dengan izin TUHAN , aku jumpa dia dalam duk sobbbb sobbbb sobbb..
coz time tuh hujan lebat kat bandar TERENGGANU .


 * sebagai wanita yang merempit macam aku nie , faham-faham sahaja lah yer.... *





Baiklah , mereka kembar :)
muka tak sama tapi KEPALA HOTAK GILA YANG SAMA . 
Sekian terima kasih .


Yang pakai speck tuh , HAZWAN dan yang sorang lagi tuh HAZWAN
yerla , mereka kembar . 
Mereka sangat JAHAT , lagi JAHAT .
sumpah mereng kalau jumpa budak 2 orang nie .
* sebab mereka kata : yuyu pendek !! *











hasil kerja yang tak seberapa :)
wak freelance photography ,  g shoot model untuk baju muslimah
di Aalafia Butik , Depan Kem Padang Midin Terengganu

Labels: , , , ,


Kebaya BIRU
Jul 21, 2011 • 3:24:00 PM • 0 comments











SAYA CANTIK MANIS AYU 
terima kasih kamera 

apabila kegilaan bergambar , di mana sahaja duk snap .
yes  ; kesukaan bukan kerelaan
Maaf ,




Mereka  : GILA BERGAMBAR
semalam , HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M 
SULTAN TERENGGANU
So , bermakna AKU CUTI 
semestinya , orang kerja kerajaan cuti bak kata kawan aku .
Haishhh , perli nguh awop mung nie . jeng sardin wase aku dengar .
HAHA

bagi melepaskan hawa nafsu kepuasan duk rumah
aku & the gengs : NANA , NUR KASIH , ELFIRA
bergedik genduk dekat MASJID KRISTAL :)

TQVM !
sayang kamu 

Labels: , , , ,


kelahiran guna yang comey
Jul 10, 2011 • 11:22:00 AM • 0 comments






Selamat Hari Lahir 
yang ke - 23

pada JULY 05 . 2011
untuk sahabat tercinta , NOR AZWANA IBRAHIM aka NANA 


Lalalalla  , maafin yaaa.. udah terlewat aku posting ia ceritai kamu punya..
adoss... adoss.!!

Jumaat lepas , bertarikh JULY 08 2011 
Aku dan gue-gue tersayang berjangoks sakan , bercomelan , berkurungan .
HAHAHA! :D
hari yang ditunggu-tunggu selama ini . 
untuk celebrte bufday my lovely gue : NANA
Yap , peceritaan dahulu menjadi gimik
gimik untuk kami yang hanya mengerti apa kejadian disebalik kemeriahan bufday gurl
Namun . 
semangat persahabatan 
erti kasih sayang kami 

inilah hasilnya , biarlah seadanya
tapi berbaloiiii .....


Gue..
Tiada yang terindah untuk aku hadiahkan..hanya ini yang dapat aku coretkan untukmu.. 
Selamat Hari Lahir..                                                                   Semoga dirimu sentiasa dilindungi olehNya          danmendapat keredhaan dariNya jua..                                   Maaf ,anda ada kelakuanku tidak menyenangkan dirimu..                                                                                           dan andai ada kesibukankutiada masa untuk kita bersama aku jua inginkan ucapkan berjuta                      TERIMA KASIH .




Gue .
Terima Kasih jua untuk segalanya
sehingga hari ini
sehingga saat kita menjadi sahabat
aku doakan kau bahagia didunia dan akhirat
sayang awak..

T.T

Thanks ya !                                                                                             kepada gue-gue sekalian yang meriahkan bufday gurls kita nie 

 Notahati : kau kawan yang terbaik untuk aku....

Labels: , ,


Asalkan Engkau Terus Melangkah
Jul 8, 2011 • 10:40:00 AM • 0 comments

Asalkan Engkau Terus Melangkah



Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...

credit : iluvislam

Labels: ,



PASTFUTURE
Supergirl
Cikyuyu
DEC 14 . 1988
terengganu
INSTAGRAM
TWITTER
FACEBOOK


“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”


" Andai satu hari nanti , inginku terbang ke PARIS " itu hanya MIMPI "  
Kata itu ??

Belajar menjadi ikhlas. Ikhlas itu adalah rahsia awak dan Allah sahaja. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang dapat membuktikan dengan kata-kata yang dia benar-benar ikhlas melainkan dengan hatinya yang reda. - Bern (Blues Amni)