Domo-kun Cute
Cikyuyu : Kamera.Vespa.Novel
02052011 - Salam AL-Fatihah untuk arwah abangku... selamat ulang tahun.
May 2, 2011 • 3:27:00 PM • 0 comments


Abang Mer ,Selamat Hari Lahir..

Dulu ,
ketika engkau ada bersama kami
aku lah orang yang suka ?
Kenapa?
tibanya hari itu ,
aku lah yang semangat wak muke posen
bagi kad , beli kek !
dulu kan ?
sekarang , ada lagi ke ??
hanya kenangan sahaja . 
aku simpan . aku buang tangisan itu .

Kalau aku ingat ketika engkau ada 
aku lah paling PENAKUT!
aku lah paling kuat MENANGIS
kenapa tidaknya?
engkau ABANG
aku kan ADIK..

ketika aku kecil 
engkau sering membawa aku berjalan ke hulu ke hilir
sedangkan ketika itu aku masih bertatih
engkau anggapku macam adik LELAKI mu
mana tidaknya??
Aku serik di katakan lelaki , walaupun realitinya aku perempuan
Kawan-kawan mu,
sering jua tidak mempercayai aku perempuan
dengan lagak ; aku berpakaian ala-ala lelaki
tapi itulah aku kan ??


Tersalah sedikit , akulah keluarkan air mata
cepatnya aku terasa apabila di tengking 
tapi itu banyak kepastian dalam nada marah
SEKARANG ?
tak ada lagi tangisan aku
tak ada lagi 
dan tak ada lagi
aku dengar bising-bising di rumah
akan tetapi ,
aku amat merindui saat-saat itu

apabila memori itu kembali
ingin sahaja aku memelukmu
ingin sahaja aku bergusti
ingin sahaja aku berebut makanan
ingin sahaja aku dimarahi
ingin sahaja aku "disuruh menyuruh"
ingin sahaja aku....



Kini . 
1 tahun lebih sudah pemergianmu
dan hari ini 
02052011 terdetik usiamu cukup sudah 37 tahun
hanya sekalung doa dan al-fatihah untukmu
abangku..
AMIRUDDIN BIN MD ARIFF@RAMLI

tulisan jiwa aku . entah ??

Labels: ,



PASTFUTURE
Supergirl
Cikyuyu
DEC 14 . 1988
terengganu
INSTAGRAM
TWITTER
FACEBOOK


“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”


" Andai satu hari nanti , inginku terbang ke PARIS " itu hanya MIMPI "  
Kata itu ??

Belajar menjadi ikhlas. Ikhlas itu adalah rahsia awak dan Allah sahaja. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang dapat membuktikan dengan kata-kata yang dia benar-benar ikhlas melainkan dengan hatinya yang reda. - Bern (Blues Amni)